top of page

DAFTAR SYARIKAT SDN BHD

APA KELEBIHAN MENJADI SYARIKAT SDN BHD❓

  1. LIABILITI TERHAD: Sekiranya berlaku penutupan perniagaan disebabkan muflis, pemilik dan aset mereka akan terselamat. Yang disita hanyalah harta benda syarikat sahaja.

  2. KESINAMBUNGAN BERTERUSAN: Saham yang dipegang seseorang pemilik itu boleh dipindah milik pada bila-bila masa sahaja. Oleh itu, syarikat tidak sesekali akan terjejas walau dengan kematian mana-mana pemiliknya.

  3. KREDEBILITI BERTAMBAH: Pada asasnya syarikat sdn bhd atau berhad ditubuhkan dengan sejumlah kos yang lebih tinggi dari enterprise. Syarikat juga diwajibkan melantik syarikat setiausaha dan auditor professional untuk membantu mereka menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik sebagaimana yang dikehendaki oleh Akta. Laporan kewangan dan tahunan mereka juga setiap tahun diwajibkan untuk difailkan ke SSM. Ini membuatkan kredibiliti syarikat sdn bhd atau berhad lebih tinggi dan diyakini oleh pihak ketiga yang ingin berurusan dengan mereka.

  4. PELBAGAI INSENTIF PENGECUALIAN CUKAI: Pengecualian cukai merupakan di antara kelebihan yang besar diperolehi oleh syarikat sdn bhd atau berhad. Pelbagai insentif pengecualian cukai dinikmati mereka dengan tujuan untuk merancakkan lagi ekonomi negara.

bottom of page