Kami Utama Consultant merupakan sebuah syarikat pemegang amanah (Company Secretary) yang berdedikasi dalam menyediakan pelbagai perkhidmatan korporat profesional dan menyeluruh kepada para usahawan dan pemilik perniagaan di seluruh Malaysia. Antara perkhidmatan utama yang kami tawarkan termasuklah pendaftaran syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.) secara sah dan teratur, pemohonan Lesen Kewangan daripada Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), serta Lesen Kontraktor CIDB bagi Gred G1 hingga G7 yang membolehkan syarikat anda menjalankan projek pembinaan yang diiktiraf. Selain itu, kami turut menguruskan permohonan dan pendaftaran Skor, SPKK serta PKK (BPKU) yang penting untuk kelayakan projek kerajaan dan swasta. Dengan pengalaman dan kepakaran yang luas dalam bidang kesetiausahaan dan perlesenan perniagaan, kami komited untuk membantu mempercepatkan urusan anda dengan kadar bayaran yang sangat berpatutan, demi memastikan setiap langkah penubuhan dan pengurusan syarikat anda berjalan lancar, selamat dan mematuhi segala peraturan yang ditetapkan.
Visi
Visi syarikat Utama Management Services adalah untuk menjadi peneraju utama dalam bidang kesetiausahaan dan pengurusan perniagaan yang cekap dan pantas dalam membantu para kontraktor dan usahawan.
Misi
Untuk membantu dan memudahkan para kontraktor yang ingin mendaftar lesen kontraktor dengan cepat dan pantas.