Lesen CIDB

DAFTAR | RENEW CIDB

KENAPA SETIAP KONTRAKTOR WAJIB DAFTAR LESEN CIDB❓

Berkuatkuasa mulai 20 Julai 1995, adalah mandatori untuk semua kontraktor samada tempatan atau asing untuk berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM) atau CIDB dibawah Seksyen 25 Akta 520 (Pindaan 2011) sebelum mengakujanji dan menyempurnakan apa-apa kerja pembinaan di Malaysia kecuali mereka yang diberi pengecualian… ” (Sumber : www.cidb.gov.my)

Kalau ❌ ikut akta di atas, ANDA BAKAL DIDENDA tidak kurang daripada RM10,000

Jadi, untuk KONTRAKTOR yang baru atau yang BELUM DAFTAR LESEN CIDB lagi, jom cepat-cepat daftar dengan Utama Consultant Sdn. Bhd.

DAFTAR SKOR / SPKK

KENAPA SETIAP KONTRAKTOR PERLUKAN SCORE & SPKK❓

Bagi syarikat berkaitan Kerajaan, berkuatkuasa pada 15 hb Oktober 2012, Kerajaan telah melaksanakan Sistem Satu Pendaftaran Kontraktor. Sehubungan dengan itu, semua Lesen Kontraktor yang dikeluarkan oleh Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) adalah terbatal dan diganti dengan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB). Walau bagaimana pun, Sijil Taraf Bumiputera bagi mengenalpasti status bumiputera masih kekal dibawah kawalan dan seliaan PKK.

Dengan pelaksanaan Sistem Satu Pendaftaran Kontraktor, semua agensi pelaksana yang terlibat dengan urusan berkaitan perolehan, dikehendaki untuk memastikan kaedah pemilihan dan perlantikan kontraktor dibuat mengikut Sistem Satu Pendaftaran Kontraktor.

Selain itu, syarikat juga perlu memiliki penarafan SCORE dengan minima pencapaian 2 bintang. SCORE adalah penilaian oleh pihak CIDB terhadap sesebuah syarikat untuk menilai dari segala aspek kewangan, projek, pengurusan, amalan terbaik.

Sekiranya SCORE anda tidak lepas, maka anda tidak dapat memohon lesen SPKK.

Utama Consultant

Mohon Di Sini Sekarang

Daftar Lesen CIDB

Pakar Pendaftaran Syarikat, CIDB, MOF & Lesen Bumiputera

Selangor & Pulau Pinang
utamainquiry@gmail.com
(8.30am - 5.30pm)
Perlukan Bantuan?